KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak pernah takut sesiapa dalam menghadapi pilihan raya kecil, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Ini soal pilihan raya biasa dilalui. Menang kalah adalah adat pertandingan dan apapun kita akan hadapi sepanjang masa," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah di sini.
Beliau mengulas kenyataan pengarah strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail bahawa BN enggan meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti kerana mereka (BN) adalah "underdog" (bukan pilihan).
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata soal sama ada BN akan bertanding atau tidak belum diputuskan lagi.
Rabu, 22 April 2009
Langgan:
Ulasan (Atom)